Monday, November 30, 2009

Pusat sumber sekolah

Assalamualaikum.....Berdasarkan http://sktu.topcities.com/pss_sktu.htm


PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat atau gedung ilmu dan bahan di mana kita mendapat maklumat yang diperlukan.
Pusat sumber sekolah juga merupakan tempat pengumpulan dan penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk dan diuruskan dengan Bersistematik bagi memudahkan pelanggan.
Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja memberi perhikmatan untuk membolehkan semua pihak mencapai matlamat kurikulumnya malah merupakan satu punca segala pegerakan dan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam menuju kearah wawasan.

VISI

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISl

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusatpenyebaran ilmu dan maklumat


MOTO PSS

Pusat Sumber Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Budaya Ilmu


OBJEKTIF PSS

Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar


Menyediakan tempat untuk guru-guru merancang dan menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan profesionalisme guru


Mengumpul dan mengedar pelbagai jenis maklumat.


Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran


Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar.

PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Perpustakaan (Disiplin)

Murid diminta senyap apabila berada di perpustakaan.

Murid mesti beratur semasa meminjam dan memulangkan buku.

Murid tidak dibenarkan makan atau minum di dalam Perpustakaan.

Murid hendaklah duduk di tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun dirak-rak, pintu dan kaunter.

Murid hendaklah menyimpan semula buku di rak-rak yang betul

Murid tidak dibenarkan membuat perjumpaan atau mesyurat tanpa kebenaran.

Murid tidak di benarkan masuk ke Perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

Murid di kehendaki meletakan beg di luar perpustakaan.

Perpustakaan (bahan)
Buku yang di rosakan mesti diganti.
Akhbar dan majalah mestilah dilkembalikan tempat asal dan tidak dibenarkan bawa keluar.
Buku yang selesai digunakan

PERATURAN PENGGUNAAN PSS UNTUK GURU
Guru perlu mengisi buku penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber (Perpustakaan, Bilik tayangan dan bilik khas yang lain)
Guru pengiring perlu mengawal disiplin murid di dalam bilik Pusat Sumber.
Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.
Semua peminjaman bahan dan buku perlu dibuat dengan Pengawas Pusat Sumber bertugas atau Guru PSS.
Guru-guru perlu memastikan semua suis ditutup dengan elok dan bilik dikunci selepas waktu akhir persekolahan.
Guru perlu mengawasi dan mengurus pinjaman & pulangan buku murid semasa aktiviti Nilam diadakan. Bagi kelas yang ada Pengawas Pusat Sumber, serah kerja ini kepada mereka.

KOLEKSI PUSAT SUMBER (BUKU)
1.
Buku-buku Fiksyen
Bahasa Melayu / Fiksyen Bahasa Inggeris terkini
Buku Bacaan Permulaan (untuk murid tahun 1) terbaru.
2.
Buku bukan Fiksyen Koleksi tambahan :-
Ensiklopedia
Sains Teknologi
Geografi & Sejarah
Sains Kemasyarakatan
Agama
Buku Rujukan / Ensiklopedia
Buku Kamus Dewan terbaru
Buku Kamus B.Inggeris (terbaru)
Buku Aktiviti UPSR
Majalah:-
Rakan/Tunas Sains
Pengguna
Majalah Didikku
Kuntum, Dewan Pelajar
Our World
Sekolah & Sekolah luar
Wanita, Jelita, Anjung Seri
Mastika, Famili
Akhbar Berita Harian,New StraitsTime
Jumal, Brochuree dan risalah
Buku Skrap
Buku Kerja/Aktiviti
Buku Sukatan Pelajaran
Koleksi akhbar Lama
Permainan Dalam:-
shahibba, Dam dan lain-lain.

Wednesday, November 25, 2009

Monday, November 23, 2009

Pengalaman Belajar di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka

Pada mulanya amat memeritkan, tetapi lama-kelamaan perasaan itu telah hilang dan semangat untuk terus belajar telah datang .Ia telah membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus belajar di sini. Pensyarah-pensyarah semuanya OK.

Bila peringkat 3 sudah sampai kepenghujung ,peperiksaan akan bermula penghujung Disember, maka menandakan sesi pembelajaran di sini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Pelabagai pengalaman dan sahabat-sahabat baru ditemui semasa di sini. Walau di mana jua kita berada ilmu sentiasa kita tuntut. Tanpa ilmu kita akan terus ketinggalan.